Sunday November 17 , 2019
Text Size
   

Articles

Kini mencari rumah sewa bukan lagi kerja yang sukar.

Web Directory Rumah Sewa Bagi Pemilik Dan Penyewa Di Malaysia
Masalah mencari rumah sewa memang telah di ketahui umum. Kadang-kala bukan kerana tiada rumah untuk disewa, tetapi tidak sampainya maklumat tersebut kepada kita. Kebiasaannya, maklumat sebegini sampai semasa kita tidak memerlukannya. Masa nak cari, susah sangat nak jumpa. Bila sudah dapat, macam-macam pula yang kita nampak.

Tapi bukan ini sahaja punca kesukaran untuk kita mencari rumah sewa. Kadang-kala kesukaran tersebut datang dari diri kita sendiri. Ini kerana ada kriteria-kriteria yang kita gariskan semasa mencari rumah sewa dalam rangka untuk mendapatkan rumah yang 'Ideal'. Di RumahSewa.InfoCubes.net kami yakin kami boleh membantu mengurangkan masalah anda dalam membuat pemilihan.

Kebiasaannya dalam membuat pemilihan rumah sewa, beberapa garis panduan dan kriteria yang kita mahukan adalah seperti:

  • Keadaan rumah yang memuaskan
  • Fasiliti dan kemudahan yang berada dikawasan perumahan tersebut.
  • Jumlah bilik tidur dan bilik air supaya boleh disesuaikan dengan bilangan ahli keluarga dan keperluan kita.
  • Jenis rumah
  • Kadar sewa yang selari dengan budget yang telah kita peruntukan.
  • Lokasi (dekat dengan tempat kerja misalnya)

Lebih baik kalau kita boleh buat perbandingan secara direct rumah sewa yang mana yang lebih murah? Rumah sewa mana yang lebih selesa? Rumah sewa mana yang lebih cantik? Rumah sewa mana yang murah, selesa dan cantik? Jika ini boleh dilakukan hanya dihadapan komputer, bukankah ianya sangat memudahkan? Berbanding dengan terpaksa membuat rondaan sendiri di kawasan-kawasan perumahan mencari rumah yang masih kosong. kadang-kala bila jumpa rumah kosong, tiada pula di paparkan no telefon untuk dihubungi dan sebagainya.

Saya yakin masalah sebegini bukan sahaja dialami oleh saya tetapi turut dialami oleh orang lain terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan baru cuba untuk hidup sendiri dengan pasangan masing-masing. Atau golongan pelajar yang cuma ingin mencari bilik untuk disewa kerana tidak mahu menyewa keseluruhan rumah. Sebagai contoh, anda mungkin tidak perlu mencari rumah sewa teres 2 tingkat dengan4 bilik tidur 3 bilik air sekiranya anda baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang anak yang masih kecil. Atau dengan gaji yang anda perolehi mungkin anda hanya mampu mencari rumah sewa dengan budget rendah antara RM300 ke Rm450 sebulan sahaja.

Di RumahSewa.InfoCubes.netsemua iklan yang dipaparkan akan menyenaraikankesemua spesifikasi tadi yang mengandungi maklumat-maklumat tentang rumah yang ingin disewakan secara terperinci beserta gambar rumah yang ingin disewakan kepada anda. Anda bukan sahaja boleh buat perbandingan dari segi harga, sewa bulanan, deposit, jenis rumah, lokasi, kemudahan awam dan kemudahan-kemudahan asas yang lain dan sebagainya. Ini memudahkan anda untuk mendapat gambaran asas dalam penilaian awal sebelum anda mengambil keputusan untuk menghubungi pihak tuan rumah atau broker yang mengiklankan rumah sewa masing-masing untuk mendapatkan keterangan lanjut atau sebelum anda pergi sendiri melihat keadaan rumah yang dimaksudkan.

Category: info

Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Kini Sedang Online

We have 184 guests and no members online

Rekod Pelawat

1201791
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1734
2338
1734
1172901
62161
112630
1201791

Your IP: 3.92.92.168
Server Time: 2019-11-17 18:55:34